Search

"RAJA BERJIWA RAKYAT" - KURNIAAN SULTAN JOHOR RING...

  • Share this:

"RAJA BERJIWA RAKYAT" - KURNIAAN SULTAN JOHOR RINGANKAN BEBAN RAKYAT

Seramai 240 pelajar serta 64 warga emas dari kawasan Senai, menerima kurniaan barangan keperluan makanan daripada DYMM Sultan Johor di Persatuan Keturunan Wong Johor Selatan, Senai hari ini (25 Mac).

Pelajar-pelajar golongan B40 yang menerima bantuan tersebut melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) terdiri daripada SJKC Senai, SJKC Saleng, SJKC Seelong, SJKC Pulai dan SJKC Boon Hwa.

Kurnian daripada Baginda Tuanku Sultan disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong.

President Persatuan Keturunan Wong Johor Selatan, Wong Yew merakamkan ribuan terima kasih dan melahirkan perasaan syukur kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan barangan keperluan makanan.

“Inisiatif ini amat bermakna, terutamanya semasa pandemik ini, di mana ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Kami amat bertuah kerana mempunyai seorang Sultan yang begitu menitikberatkan kebajikan rakyat,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor


Tags:

About author
not provided